Kerja Konkrit

Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit

Panduan ini dibuat bagi membantu majikan/ pembina mengurus bahaya-bahaya spesifik projek pembinaan. Panduan pemeriksaan ini merujuk kepada kehendak-kehendak perundangan. Panduan pemeriksaan ini menerangkan apa yang perlu majikan/ pembina perlu lakukan untuk mematuhi kehendak perundangan berkenaan kerja-kerja pembinaan. Penggunaan panduan pemeriksaan ini membuktikan bahawa lazimnya majikan/ pembina telah membuat secukupnya untuk mematuhi kehendak perundangan.


Status Pematuhan Kehendak Perundangan Kerja Konkrit

HIRARC bekerja pada tempat tinggi yang memuaskan (termasuklah semasa kecemasan & menyelamat)

Latihan yang sesuai

Penyeliaan yang wajar

Kaedah dan cara kerja yang selamat

Lantai, tingkat bekerja, platform, dek, tangga, tempat lalu, laluan, tangga menegak dan anak tangga hendaklah dibina dengan selamat untuk mencegah risiko orang terjatuh, dan struktur yang kukuh supaya risiko keruntuhan dicegah

hendaklah disenggarakan dan disimpan dengan sepatutnya bebas dari bahan yang longgar dan di dalam keadaan yang tidak licin (Sek. 10(c), AKJ)

Akses yang selamat diberi, disenggara dan digunakan bagi orang bekerja (Sek. 10(d), AKJ)

Lubang, takungan, pit, bekas tetap di dalam lantai atau tingkat bekerja hendaklah ditutup dengan rapat-rapat atau dipagar dengan kukuh untuk menghalang kejadian orang terjatuh (Sek. 10(e), AKJ)

Formwork diperakui selamat oleh Jurutera Profesional (PE) (Per. 28(1), BOWEC)

Formwork yang berikut perlu direka bentuk oleh PE (Per. 30(4), BOWEC)

Status Pematuhan Majikan Terhadap Kehendak Perundangan Kerja Konkrit

Gambar-Gambar Kerja Konkrit

Gambar-Gambar Kerja Konkrit