Panduan Pemeriksaan Bahaya Bekerja Pada Tempat Tinggi

Panduan Pemeriksaan Bahaya Bekerja Pada Tempat Tinggi

Panduan ini dibuat bagi membantu majikan/ pembina mengurus bahaya-bahaya spesifik projek pembinaan. Panduan pemeriksaan ini merujuk kepada kehendak-kehendak perundangan. Panduan pemeriksaan ini menerangkan apa yang perlu majikan/ pembina perlu lakukan untuk mematuhi kehendak perundangan berkenaan kerja-kerja pembinaan. Penggunaan panduan pemeriksaan ini membuktikan bahawa lazimnya majikan/ pembina telah membuat secukupnya untuk mematuhi kehendak perundangan.

Status Pematuhan Kehendak Perundangan Bekerja Di Tempat Tinggi

HIRARC bekerja di tempat tinggi yang memuaskan (termasuk semasa kecemasan & menyelamat)

Latihan yang sesuai

Penyeliaan yang wajar

Kaedah dan cara kerja yang selamat

Langkah berjaga-jaga diadakan untuk mencegah pekerja daripada ditimpa oleh bahan atau objek jatuh

Langkah-langkah diadakan untuk mencegah bahan perancah, peralatan atau bahan lain-lain dibuang atau dijatuhkan dari tempat tinggi

Jentera angkat yang sesuai digunakan untuk mengangkat bahan dengan selamat

Diletakkan tanda amaran yang berkesan di tempat yang mudah dilihat (Per. 48, BOWEC)

Disimpan dan disusun dengan cara yang selamat dan teratur (Per. 21(1), BOWEC)

Tidak dibiarkan menimbun sehingga menjadi suatu bahaya (Per. 22(2), BOWEC)

Tidak disimpan/ diletakkan terlalu dekat  dengan tepi lantai/ platform (Per. 21(4), BOWEC)

Disusun, disekat bahan-bahan dan dihadkan tinggi supaya stabil dan selamat (Per. 119(1), BOWEC)

Jika disimpan di laluan awam, dicegah kemalangan dan tidak mengganggu lalulintas (Per. 119(2), BOWEC)

Tidak dihalang lorong dan laluan supaya pergerakan bebas dan selamat (Per. 121, BOWEC)

Tidak ditempatkan 1.8 m dari pembukaan lantai (Per. 122(1), BOWEC)

Dibersihkan lantai dengan membasuhnya, atau menyapunya atau dengan apa-apa cara lain (Per. 23, SHW)

Disusun papan/ pelit rapat-rapat (Per. 86(a), BOWEC)

Diperuntukkan dengan rel pengadang yang sesuai atau cukup kuat, tinggi sekurang-kurangnya 1 m (Per. 88(1), BOWEC)

Mempunyai bod jari yang tingginya mencukupi, tidak kurang daripada 200 mm (Per. 88(1), BOWEC)

Ditempatkan rel pengadang dan bod jari di sebelah dalam tiang tegak; dan ruang di antara bod jari dan rel pengadang tidak melebihi 690 mm (Per. 88(2), BOWEC)

Disediakan platform kerja yang selamat dan sesuai

Status Pematuhan Majikan Terhadap Kehendak Perundangan Bekerja Di Tempat Tinggi

Gambar-Gambar Kerja Di Tempat Tinggi

Gambar-Gambar Kerja Di Tempat Tinggi